ICU Ebook
Ada dua sebab utama kenapa saya memilih judul ini ICU.
Sebab yang pertama ialah, saya pernah menghuni bilik I.C.U ini bukan sekali, tetapi empat
kali akibat dari penyakit yang saya hadapi. Dari bilik inilah saya banyak mendapat
kesedaran.
Sebab yang kedua ialah, bukan sahaja tahap kesihatan saya yang memerlukan rawatan
rapi, tetapi tahap ekonomi saya juga pernah berada dalam keadaan yang memerlukan
rawatan rapi.
Maka oleh sebab bilik I.C.U inilah, saya mendapat dorongan untuk mengubah jalan hidup
saya 360’. Dan saya berharap rakan pembaca juga akan mendapat motivasi dari buku
pengalaman hidup saya ini.
Okay, sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin kongsikan statistik terbaru yang dikeluarkan
oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Statistik ini juga adalah antara pencetus sehingga saya
mendapat idea untuk menulis buku ini. Saya terpanggil untuk memberi kesedaran kepada
rakan-rakan untuk bertindak dan membuat persediaan memperkasakan ekonomi
rakan-rakan sebelum terlambat. Ini adalah kenyataan.